Pages

Tuesday, 20 August 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KEBAJIKAN DI PDK 17 MAY 2019


Hi and Assalamualaikum wbt..
Maafkan Ak/sis sebab lama tak update blog sis ni. Maklum sis diserang lagi sekali dengan penyakit M. Ni baru sis berkesempatan nak update blog sis yang dah lama x update ni. Okay pada bulan puasa yang lepas pada 17 May 2019,sis telah berkesempatan untuk pergi ke satu majlis beramah mesra bersama- sama anak- anak kurang upaya bertempat di PDK MERU KLANG. Acara beramah mesra seta berbuka puasa bersama anak - anak syurga ini. 

Sepetang bersama meraka banyak mengajar sis betapa tulusnya hati mereka, betapa kuatnya hati ibu -bapa mereka dalam membesarkan anak-anak syurga ini. Sesungguhnya syurga untuk mereka semua. Anak- anak ini tidak diminta dilahirkan sedemikian rupa, jadi mereka memerlukan sokongan untuk hidup begitu juga dengan ib-bapa mereka. kita seharusnya memeberi bantuna dan sokongan. Kadang- kadang mereka juga memerlukan pertolongan namun dengan cemuhan dari pihak luar menyukarkan bantuan dan sokongan untuk anak-anak ini.

Walaupon sis pergi sekejap, namun sis dapat selami hati ibu- bapa anak-anak ini. Mereka hanya mahukan anak mereka mendapat sokongan/bantuan yang diperlukan. Juga kita sebagai orang luar janganlah memandang dengan pandangan yang tidak elok. Siapa yang mahu anak-anak mereka dilahirkan sebegitu rupa. Impian setiap ibu -bapa adalah anak yang sempurna.




Ni masa sis sedang mencanting batik.




 Imran -Seorang anak Autism. Sangat gemar melakukan kerja rumah, tidak perlu disuruh. Hanya diaajar beberapa kali oleh ibunya. Semasa gambar ini diambil Imran dan keluarga baru sahaja sampai di Malaysia setelah bercuti di negara Balkan


Akhir kata dari sis, kita manusia yang tidak sempurna jangalah sesekali kita berbanggan dengan apa yang kita ada. Bersyukur apa adanya, bantulah yang memerlukan. sesungguhnya itulah bekalan untuk kita nanti. Assalamualaikum wbt


JagA DirI HiDuP BaIk-BAiK ^_^

Saturday, 17 August 2019

Part 2 Langkawi Trip 12 - 15 February 2019




Hi and Assalamualaikum kepada semua. Marilah kita sambung di bahagian 2. Selepas kami masing-masing dah berhempas pulas menaiki tangga dan membakar kalori. Kami naik balik Gondola untuk turun dan pergi ke Muzium 3D .Masuk sini dah bayar sekali semasa beli tiket naik gondola ke Gunung Mat Cincang tadi. Memang menarik dalam Muzium ni. Kita badan tengah- tengah panas berpeluh, masuk pulak tempat yang berhawa dingin. Nyaman sungguh rasanya.





Actually banyak lagi gambarnya tapi sis rasa cukuplah kot. Hahahhaha. Memang best Muzium ni sangat menarik. berbaloilah dengan amout yang kami bayar untuk masuk sini kan? Ha..lupa nak bagitahu setiap hari pada pukul 1300 akan ada persembahan lampu/laser.Kalau tak silap sis. Kena pulak masa sis pergi tu memang waktu persembahan tu sempat tengok. Cantik sangat tau. tapi tulah semua video. Sis tak sempat ambil gambar. You guys should see it lah.

Lepas hampir setengah hari dekat sana kami pun cadang nak check in lah. Memasing penat sebab tak cukup tidur. Cadangnya nak check in dan tidurlah. Kami sewVillage 218 Guest House   dari Booking.com , murah untuk 4 hari 3 malam kami bayar Rm192.00. Lepas dah Check in tu kami masing-masing dah penat. So sis pon siap mandi dan apa yang patut. Lepas tu kami masing- masing tidur. Penat sangat sebenarnya, So kami bertiga tidur dengan sepuasnya. Bangun ja dari tidur terus bersiap untuk keluar cari makan, Sebab Perut dah berkeroncong lapar. Jadinya kami pusing-pusing pekan kuah cari makan lah.
Nilah makan malam sis masa 1st night dekat Langkawi sana.πŸ˜…


Apabila dah lapar tu masa tok bangun lah kan. So kami bertiga bersiap pergi makan dekat Pekan Kuah dan jumpa satu kedai makan ni. (maaflah ya sis lupa nama kedai dia) Memang best tengok kedai ni. Sebab dia ade 3 owner yang berlainan. Menu sis malam tu adalah Nasi Putih dan Sup daging. Kalau tak silap Rm 7.00 1 set tu. Memang berbaloi lah kan. Lepas dah makan tu kami pergi jalan-jalan Pekan Kuah ja. Sebab sepupu sis cakap nak pergi beli Sunblock sebab mereka berdua tak bawa. Macam sis sunblock tu dah jadih rutin mmg kena pakai, cuma SPF rendah lah. Lagipon sis memang ada spare sunblock untuk kegiatan luar ni. Hehehe. Sebab pernah pergi buat outdoor dan kulit sis terbakar teruk. Lepas dari itu yang sis memang spare.
So lepas beli barang dekat watson, kami cadang balik rumah lah. Perut sudah kenyang apa lagi mahu buat. So kami blik rumah dan tidur

13/02/2019 - RABU


Hari ini hari Rabu, jadi itinerari kami a bit santai lah. Kami just nak enjoy view dekat Pulau langkawi ni. Maklumlah st time samapai kan, jadi excited terlebih lah Jadi hari ini kami pergi ke Makam Mahsuri.

Ps : Kalau boleh check balik berapa harga tiket. Sebab masa Sis cek harga tiket RM 7.00 ja. Masa sis pergi haritu tiket Rm 12.00. Juga perlu di ingat harga tiket akan berubah- ubah bila - bila masa sahaja.
Masa ni kami baru sampai. Dan masa itu juga persembahan alat muzik sedang di mainkan

Makan Mahsuri.

 Di telaga Mahsuri. Airnya sejuk dan permandangan sawah padi begitu menakjubkan.




 Huh.. Sis tak bersedia lagi budak-budak ni dah snap πŸ˜‘

Inilah yang sis ceritakan tadi. Cantikkan permandangan sawah padi yang terbentang luas. Subhanallah,cantik sangat.


HARGA TIKET BAGI WARGANEGARA (Tunjuk Kad Pengenalan siap-siap)

DEWASA : RM 12.00
 KANAK - KANAK : RM 6.00
                             

WAKTU OPERASI :

0800AM - 1800PM ( ISNIN - JUMAAT)
0800AM - 1830PM (SABTU - AHAD)

Alamat & Hubungi:

MAKAM MAHSURI

Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

 PHONE : +604- 955 6055

LAKSA IKAN SEKOQ TEPI AIRPORT

Waktu lunch kami pergi makan Laksa Ikan sekoq yang orang dok cerita tu. Sedaplah,sambil makan bayu pantai menghembus. Membuatkan mata kami bertiga hampir lelap. Senang sangat nal cari lokasinya. Bersebelahan lapangan terbang Langkawi.  Kami memang minta cabai lebih.πŸ˜…Harga memang berpatutanlah.



                                   

WAKTU OPERASI : 

1200PM - 1900PM


Alamat:

Jalan Kuala Muda , 07100 Langkawi, Kedah


BERAS TERBAKAR LANGKAWI

Masa nak pergi tempat ni memang kelakar sebab kami boleh tersesat padahal dah lalu lalang tempat ni berulang kali. DuhπŸ˜‘
  
Hanya ni ja tinggalan sejarah. Masih boleh tengok lah. 


                                  
WAKTU OPERASI : 

1000AM - 1730PM


Alamat:

Kampung Raja, 07000 Langkawi, Kedah



TELAGA HARBOUR MARINA

 Telaga Harbour Marina ni sis cari dalam internet. Lagipon tengok tempat dia cantik ada kapal layar. Walaupon tak mampu lagi nak naik/ beli kapal layar, dapat tengok pon dah bersyukur dah. Lokasi tempat ni senang di cari. Sebelum sampai ke tempat kereta kabel kita akan berjumpa tempat ini dahulu. Sis sempat lah sembang-sembang dengan pelancong asing yang ada kapal ni. Borak-borak kosong jea. Mereka ni tak sombong langsung. Kagum juga sis tengok mana yang berlayar bersama keluarga siap bawak baby lagi. Inspirasi sungguh.😍😍
Marilah kita melihat gambar yang sempat sis tangkap. 
 Maaflah mase ni sis tak pandai nak adjust lighting. Sis noob maafin sis ya πŸ˜….
 Kekonon model lah tu. Hahahaha plus size modelπŸ˜‚


Abaikan kaki dan kasut ittew.🀭

                                
WAKTU OPERASI : 

ISNIN - AHAD : 0900AM - 1800PM


Alamat:

Lot 1 Telaga Harbour Park 07000 Langkawi, Kedah

BUFFALO PARK

Lepas habis pusing- pusing dekat Telaga Harbour Marina tu, kami pergi cadang nak pergi tengok kerbau pulak.  tak susah pon nak cari tempat kerbau ni. Selain tengok kerbau kita boleh beri makan, makan steak kerbau, merasa aiskirm susu kerbau, merasai keju mozzarella, riccota dan juga susu kerbau





DEWASA :RM 3.00 (MYKAD)
FOREIGNER : RM 5.00
                               
WAKTU OPERASI :

1000AM - 1700PM ( ISNIN - KHAMIS)
JUMAAT CUTI

Alamat & Hubungi:

BUFFALO PARK LANGKAWI

Nyior Chabang, 07000 Langkawi, Kedah




DATARAN LANG

Semua tahu kan Dataran Helang Langkawi. Dataran Helang ni kan trademark Langkawi. Rugilah datang Langkawi tapi tak pergi sini. Since kami menginap dekat Pekan Kuah,jadinya sangat senang lah kami kami nak pergi situ. Lepas dah habis pusing dekat Buffalo Park kami terus pergi ke sini. Sambil- sambil tu kami saja pusing- pusing pulau. Sampai ja dekat sana,memang ramai dan ada event masa tu. So orang memang ramai dan kami terpaksa tunggulah orang lain selesai tangkap gambar barulah kami pula yang tangkap. Memang cantik keadaan masa tu,sayangnya sis tak sempat tangkap gambar masa sunset. Sebab memasing dah penat nk balik. Heheh. Marilah kita tengok gambar yang sempat sis tangkap.


Berjumpa jugak dengan Helang yang segak ni.



                                            --------------------------------------------------------------
WAKTU OPERASI : 

24HRS


Alamat:

Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah




14/02/2019 - KHAMIS

Kami bangun pagi sebab nak pergi sarapan. Macam biasalah bangun pepagi siap dan terus siap pakai baju mandi, sebab sis sejenis tak sabar kan. Di sebabkan kami stay dekat Pekan Kuah jadi nak ke Pantai Cenang dalam 16.7 km so kami just santai - santai ja drive. Sampai Satu tempat ni nampak pusat penjaja, kami pon berhenti dan apa lgi membeli belah sakan untuk sarapan Sebab murah sangat. Jadi masing-masing beli sarapan dan masuk kereta balik untuk teruskan perjalanan. Mula lah sesi makan dalam kereta. kahkahkah. Memasing dah macam singa lapar πŸ˜†. Sambil makan dalam kereta tu sampai lah kami dekat pantai cenang. Masa ni tak ramai orang. Maklumlah pagi lagi kan. so kami just stroll over the beach jelah. bak kate omputih. Just jalan- jalan ja. Tapi tak lama sebab kami semua dah menggeletis nak main air. hahaha

So kami bertiga pon tukar baju dan terjun dalam air. LAma oii tak mandi laut ginilah jadinya macam tak pernah jumpa laut je πŸ˜‚. Walaupon Macam tu tak lama pon kami mandi sebab matahir tegak atas kepala. terbakar. Jadinya kami decided tok keluar dari air dan  mandi untuk pergi tempat lain pulak.








PANTAI PASIR HITAM

Lepas dah makan tengahari, kami bercadang pergi ke Pantai Pasir Hitam. Sis memang teringin nak pergi sini sebab sini more laid back. Tenang je rasa, masa ni memang tak ramai pelancong yang datang pon. adalah beberapa keluarga sahaja. Memang tenang dekat sini.

Sis dang mengantuk sebab kekenyangan makan. hehehe. Tu yang sis tidur sekejaap.

Macam biasa kalau pose pelik- pelik tu memang serah ja dekat sis. hahaha




Habis ja pusing-pusing tempat ni, kami terus pergi shopping. Hahaha Perempuan dan shopping berpisah tiada. Tapinya trip kali ini tak banyak pon yang sis beli. hehehe Banyaknya beli untuk orang ja. Habis membeli belah tu kami pergi makan malam dan tidur. Sebab flight pagi.


15/02/2019 - JUMAAT

Bangun pagi dan bersaip nak pergi lapangan terbang. Barang dah siap packing dan dah masuk sesiap dalam kereta. sebab takut tertinggal punya pasal. Siap semua kami pon bergerak ke lapangan terbang. Nak jadikan cerita tiba-tiba dalam perjalanan minyak kereta habis. Masing-masing dah kelam kabut sebab kereta mati di jaan yang gelap. Tambahan pula waktu tu pagi-pagi. Jadi kami dengan sepantas yang mungkin telefon lah En Han. ( owner kereta sewa yang kami gunakan sepanjan disini.) Eh Han datang dalam masa 30 minit dan beliau terus menghantar kami ke lapangan terbang.  Memang masa tu masing-masing dah tak keruan sebab takut terlambat. Tapi memang kami lambat pun sampai. Nasib sempat check in barang semua. Terima kaish jugak dekat staff Air Asia yang menolong kami sewaktu kejadian kelam kabut tersebut.

Bye Langkawi. Inshaallah will come again.

Nasib sis beli luggage 20kg.Itupon nasib baik ja mmg cukup-cukup. Fuhhh. Apa -apa pon sepanjang 4 hari 3 malam dekat sana memang best macam tak cukup pula. Langkawi we will meet again Inashaallah.


JagA DirI HiDuP BaIk-BAiK ^_^

LANGKAWI TRIP 12 - 15 FEB 2019 PART 1

Hi and Assalamualaikum wbt..
After a few years finally i managed to update my blog.  Its been a while so here my 1st update for 2019.  Untuk pembukaan tahun 2019 ini Sis pergi Langkawi jea, dekat ja sebab tunaikan permintaan sepupu dan bakal adik ipar sis yang teringin nak pergi ke sana. So bertiga pergilah ke langkawi. Dengan Tiket pon dalam 2 week before baru beli. hehehe. nampak tak betapa kami tak plan langsung nak pergi pon. Tetibe macam zass "why dont we go to Langkawi"? Macam gitu je idea dia. lalu sis pon terus beli tiket kapal terbang dan book penginapan.

11/2/2019 -  Port Klang ke Putra Perdana.

Malam Isnintu lebih kurang pukul 2030pm kami pergi ke rumah makcik sis. Untuk tumpang bermalam dan parking kereta Ira. Lebih kurang dalam pukul 23+- kami sampai Putra Perdana. Mesti ada yg ckp awat lambat sangat kan? Sebenarnya kami p makan, keluarkan duit dulu sebelum pergi Putra Perdana. Itu sebab lama gila nk sampai. Dah sampai sana kami load barang, mandi dan tidur. Niat sebenarnya nak ambil grab ja dari Putra Perdana, since awal pagi sangat, dan pemandu grab tidak dapat kami hubungi. Maka kami buat plan b, iaitu mengambil Teksi Go Klia Mr Suhaimi. Sis hubungi En. Suhaimi melalui Whatssap. Sekejap ja dalam 15 minit En Suhaimi bagitahu yang pemandu dia dalam perjalanan. Alhamdulillah lepas satu siksaan. Sebabnya kami sampai memamg waktu boarding dah pon. Berkejara- kejaran kami nak check in. Nasib baik sis dah biat check in dulu seblm sampai Airport. Dapat Jimat masa. Maklumlah sis ni boleh tahan kelam kabutnya.. So kami berjaya sampai in time. Alhamdulillah.. everything was smooth.  So tibalah masa naik Kapal terbang okay ja bagi sis, cuma a bit mengantuklah. hehehe.. tidur tak cukup  Tu memasing muka zombie je. 

Ni muka tazabar nak tunggu boarding. Sebab memasing mengantuk gila. Mata semua sembab. maafkan sis ya...πŸ˜‡

Muka sis yang tak sabar nak tutupkan mata. heheh. Padahal 45minit ja pon. Sempatlah sis lelapkan mata barang seminit dua. hehe


Around 0730am gitu kami safely arrived at Langkawi Island. Fuh baru rasa nak tidur, sekali dah sampai daaa.. hehehe Once pilot tu cakap kami dah sampai, alorh sis rasa sekejapan sangat sis lelapkan mata. hehehe. So kami bagi semua orang turun, barulah kami turun. sebab sis rimas sikit org crowded ni.

Muka teruja sebab dah sampai. Plus lapar lagikk hahaha. so kami sampai. P toilet kemaskan sikit rupa bagi adalah rupa orang sikit. Lepastu Ira call En Han, Orang yang uruskan kereta sewa kami. Murahlah untuk 4 hari 3 malam dalam 180+- gitu.

Selesaikan urusan kereta sewa semua. Kami terus pergi makan. Lapar weyh. Sebabnya last kami adalah masa malam tu sebelom pergi. So memang memasing lapar dan isi perut lah jawabnya. Lepas dah mentedaghah kami pon rehat sat lepastu decide nk pergi mana? Call Eugene, (owner Guesthouse)Village 218 Guest House yang kami sewa tu dia ckp dia ada hal. Jadinya sementara nak tunggu masa kami cadang pergi cable car. Ini alamat Kereta Kabel Langkawi : Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah Sis dah melonjak2 hati ku sebab maklumlah 1st time pergi. Hehehe.. Apa org cakap perak sikitlah. Kami beli tiket masa dah sampai sana. Kami ambil pakej yang biasa ja. Rm 50 kalau tak silap 
 Punyalah excited sampai tak sabar nk naik gambar pon x sempat snap. Ni gambar semasa belom naik lagi dan tiket pon tak beli lagi mase ni.

Ni yang sis rasa eolok sikit gambarnya. hahahaha. Memasing muka tak sabar nak naik cable car(padahal sis sejenis manusia yang gayat)

                                                             




Ni sekitar pemandangan dekat atas kabel car tulah. Subhanallah cantik sangat.
Walaupun sis gayat tapi memang permandangan atas Gunung Mat Cincang ni sangat cantik. Sis rasa tak nak turun pula. Tapi tulah panas.1 sebab sis lupa nak bawak Spek mata. so kebanyakan gambar, mata sis akan mengecil. 😜😜



Yang ni pulak muka tengah tahan ketakutan. Berderau darah sis tengok mak oii, Betapa tingginya Masa ini sis rasa menyesal sangat sebab naikπŸ˜‘πŸ˜‘ hahahah. Tapi apakan daya bertabahlah sebab dah naikkan. hahaha.


Sambung di Part 2 pulak


JagA DirI HiDuP BaIk-BAiK ^_^