Pages

Tuesday 3 October 2017

Pheww!! Lepas sudah Majlis Walimatul urus Adik Sepupu


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua readers yang Sis sayangi. Diharap berda dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Maklumlah sekarang ni musim orang sakit. Tidak terkecuali Sis lah. Sis pon kejap sihat kejap tidak. Demam on off 😓. Jaga kesihatan ya semua.

Okay post hari ini mesti readers boleh agak kan? Iya mengenai majlis walimatul urus adik sepupu Sis yang baru sahaja berlangsung pada 30.09/01.10 2017. Maknanya baru sahaja 2 hari gittew. Ini bukan majlis yang pertama bagi keluarga belah mama Sis,yang kedua sebenarnya. Tapi ianya tetap majlis yang pertama untuk cucu/anak saudara lelaki bagi belah mama lah.

Sis start cuti hari jumaat lagi. Hamboiii eksaited kemain kan? Yang sebenarnya Sis ambil cuti awal sebab Sis kena buat hantaran. Ahahah. Sis ni bukan tangan berseni. Tapi alhamdulilah menjadik jugak hantaran tu. Phew!! Majlis akad nikah berlangsung pada hari Sabtu 30.09.2017. Jadinya memang pulun buat hantaran dan doorgift bagai lah. Maklumlah disaat akhir ada penambahan doorgift lagik.

Ni muka curik tulang. =p Ni sis baru balik daru buat inai. eh orang lain yang nak nikah orang lain lak yang eksaited kemain. kihkihkih
Memang masa ini rumah dah macam tongkang pecah,dengan doorgift/goodies bertebaran. Masa ni pon sedara mara dah mula sampai. Lepas ja sampai rumah, Sis duduk-duduk sat,pastu mandi dan mula bekerja lah. Siap semua dalam kira-kira pukul 0200 am lah. Pastu apalagi membungkanglah kita beramai-ramai.


Tengah sedap-sedap Sis menyulam mimpi tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara mak sedara Sis kejut mama sis dan Sis sekali nak p pasar beli barang basah. Allah baru rasa sedap nak tidoq. T_T
Tapi takpalah, sis gagahkan diri bangun jugak lah. Penyudahnya Sis pergi pasar dengan hanya cuci muta dan berus gigi. =p Mama Sis siap membebel lagik, boleh tak dia nak tidoq lama sikit? hahaha.. mama mama. Kami pasar Meru p cari barang basah nak buat kuah laksa, barang untuk rojak,sirih junjung dan adalah lagi barang-barang hat tak cukup lagik. Ini pertama kali sis masuk Pasar Meru tu,hui hui hui besar dan macam-macam ada. pastu murah-murah lak tu. Bayangkan ikan tongkol/aye hat hitam tu Sekila RM8.00 ,murah ke murah tu? Banyak tau yang kami beli masa tu, Ikan sardin/curut 15KG. humang haih sis dengan pakcik lah yang kene hangkut ikan tu 7.50kg sorang. dahlah kereta parking jauh. Boleh tahan jugak lah tangan nk membawa ikan-ikan tu.

Lepas beli ikan tu, kami pergi cari barang nak buat sup untuk bihun dan mee sup untuk malam berinai. Dan sekali lagi sis dengan pakciklah yang kene angkat. hahaha... masa tu sis dah rasa maciam tengah workout ja. Lepas pusing-pusing dekat barang barang basah. kini tibalah masanya untuk mencari barang- barang kering pulak. heee.. pusing punya pusing sedar-sedar dah pukul 11.00 am dah. Makanya perut pon berkeroncong lagu dondang sayang. Makcik request nak makan, makanya kami pon cepat-cepat cari barang dan masukkan dalam bonet kereta dan keluar dari pasar. tu Masa nak balik tu pula adik sepepu call pakcik dan ajak pergi Homestay. So kami pon terus pergi ke Homestay tu.

Sampai ja kat sana tengok adik sepupu dah ada dan tengah diskus dengan owner Homestay tu. Homestay tu namanya HOMESTAY DESA BAYU.  Memang cantik tau Homestay tu. 
Ni gambar Homestay tersebut.

Okay balik je dari Homestay tu,terus ambil barang dari bonet dan mulakan kerja. Sebab Sis ni tak berapa rajin, so Sis decided nak tolong mama masak tengahari. hehehe. Kami masak,siap masak makan lah apalagi lepas tu terus berkejar nak buat Sireh junjung dan ada beberapa lagi hantaran yang tak siap. Gambar hantaran Sis tak dapat nak attach sebab tak sempat nak snap gambar. Siap-siap ja tenogk jam dah pukul 1500pm so, Sis terus mandi dan bersiap. Maklumlah majlis akad nikah lepas asar so kami pon kelam kabut nak bersiap.



Ganbar Sekita Majlis Pernikahan Shafiq Naufal dan Amelina

Upacara pembatalan Air sembahyang. Masa ni memalu meow.


Sepupu kami dah bergelar suami dan menempuh alam baru.


Pengapit bidan terjun.. ahahah

ahahahah


Welcome to our family Memey

Kami tak ramai pon, ini ja yang ada. opps Sorang tertinggai, 


Ahahahaha tiba-tiba kehabisan idea pulak nak menulis, korang tengok gambar je lah yea.
our big family tapi ada yang takdak masa ni,ada yang tak sampai lagi pon ada.

Selfie lah sikit selepas settle perantin bersanding. Masa ni perantin tengah bersiap nak p outdoor photoshoot.

Dengan si faiz ni. Dari mula kenai sampai sekarang mulut memang tak pernah diam, He is my cousins bestman.

Sis, Atika,Amelina, Shafiq& iman, Syarina,Hasron & Naila

Amanda, Sis,Shafiq,Amelina,Amalia& Syafinaz

once again dengan dak faiz ni.ahahaha

Half of our big family. Masa ni tak dapat nak reach semua sebab semua sibuk.

Yeay!! Perantin sampai


Masa nilah dapat kumpul ramai-ramai, kalau masa raya payah jugak sebab ada yang berkerja masa raya dan beraya dirumah mertua.

Wefie dengan perantin lelaki. Perantin perempuan tak dapat sebab ramai que nak tangkap gambo dengan perantin pompuan.

Buat Saudara Shafiq Naufal dan Memey selamat menempuh alam baru dengan penuh kesabaran, tanggungjawab dan faham memahami. Dulu dengan keluarga sekarang ni kamu sudah mempunyai keluarga sendiri. Sentiasa bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Sabar tu penting. Kalau ada masalah bincang elok-elok, berterus terang. Semoga perkahiwan yang dibina ni dicucuri rahmat yang ESA, kekal hingga ke Jannahtul Fidausi. You're meant together. 
Sis Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.
xoxo







JagA DirI HiDuP BaIk-BAiK ^_^